Followers

Answer Questions

Saturday, July 23, 2016

OPEN HOUSE 2016



Alhamdulillah, rasanya lama betul tak update cerita dalam diari maya ni. Ada dekat 4 Tahun juga. Rindu nak update.. Hari ni, weekend..so..bangun awal pagi..sebab hari ni ada open house dekat rumah saudara dekat2 sini juga. Atuk pun kebetulan memang datang dari kampung. Tapi tak tahu lah kenapa malas betul nak bersiap. Mungkin sebab, rumah nya pun memang dekat..

So..kita pun pakai tudung yang jenis sarung tu, then pakai selipar jepun.. Pakai selipar sebab kaki sakit, melecet tak boleh pakai kasut. Baju? Hm..pakai yang style cheongsam tu..Muka pun memang secalit apa pun tak pakai make up.

Sampai je kat sana.. Haa..Hambik.. ramai betul..siap berkhemah..hahaha..Dalam hati...Alamak...redah je la...keluar2 kereta, jalan tunduk je pandang selipar jepun yang memang cantik tu..Sambil mak membebel..Haa..tu laa..sape suh pakai selipar..

Masa makan plak, duduk hujung2...perasan juga la sebaris meja belah hujung sana ada lelaki dalam 3,4 orang..Dalam sejam macam tu minta izin nak beransur pulang.. Lepas je salam2..kita pun melangkah lah ke kereta.. Dalam 2,3 langkah macam tu..terdengar macam ada orang dok sebut2 pasal kita..tapi buat tataw je...

Tak lama lepas mak masuk dalam kereta, mak bagitahu..tadi ada 2,3 orang lelaki tanya pasal ko..Dia tanya mak.. dah berpunya ke?.. Habis Mak jawab apa?.. Mak cakap..haaa..single lagi!!..memasing tengok menjeling je...Hahahahaha...


Lawak betul..Ada 2 sebab kenapa kita rasa lucu sangat.
1) Laju je mak ni cakap kita single.
2) Punya orang lain pakai baju lip lap lip lap..yang selekeh juga di tanye dah berpunya ke belum..






Friday, April 20, 2012

It is A long time :)

Hye all..

Long time no see rite.. Im busy now with doing my internship. What im gonna say is its amazing!!really amazing!!..I love this job..i got many experience and boss also believe me to handle some project. Just came back from China coz our company has conference and exhibition there. Every weekend also full with ekspo activities, hangout with friends and etc. Now, i just want to inform about my konvo date on 15 September 2012. Hope, it can be a sweet memory to me..yes,Insya'llah..maybe i will continue the job at this company. Just pray and wish luck for me..i love you guys and sorry a lot for anything..:)

Sunday, February 5, 2012

Hangout wif my Malacca Friends..











Again and again..wif my friends yang before this pun i dah banyak kali mention rite..hihihi..So..tempat yang sama..mase nie i baru je sampai dari holiday kat Langkawi and member2 i invite suh hangout juga dengan diorang.Even penat, but really enjoy coz dari petang sampai malam kuar kan. Karok, jalan-jalan kat Dataran Pahlawan and Makan kat restoran D'Laman..So, thx to my buddy,Ama..coz belanja for diz day..appreciate it. ;)




Perkahwinan Hafiz





So, what u all see is my bff wedding. Yang mane satu kawan i?hihi..Si lelaki tu kawan i.Hafiz nama dia.i kenal dia mase mula-mula belajar di Kelantan. Dia la yang banyak bawa i g sana sini, g tempat-tempat yang menarik kat Kelantan and macam-macam lagi. Susah senang i kat sana, dia juga lah yang banyak membantu. I tak kan pernah lupa segala jasa baik sahabat i nie even dia dah kawen. Dan apa yang paling i terharu sangat, dia pilih warna kegemaran i untuk wedding dia..hihi..isteri dia sebaya i..and baik orangnya. I harap, hafiz and isterinya bahagia serta dipermudahkan segala dugaan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.aminn.. ;)









Karaoke with my Friends








Okey, x ingat plak mase bile tapi baru skrg nak masukkan..hihi..Ermm, kawan2 i kat Malacca nie memang giler karok cket.Klaw hangout, x de tempat laen nak pegi..Karok mesti ade.So, fun juga lah coz i pun bukan selalu keluar ngan diorang kan.hehe..My buddy pun ade kat sebelah tu..hehe..X nak cite panjang..tengok gambar jer la ekh..hehe;)




Its that 'Dugaan'??


Setiap kehidupan di dunia ini telah ditentukan perjalanan hidup mereka sejak dari azali lagi. Adakah itu takdir?..sesetengah orang cakap kita boleh mengubah takdir kita..betul ker?..hurm..i dont have any idea about that. But, apa yang i dapat lihat..x ramai manusia yang bertuah memiliki kehidupan yang sempurna di dunia ini. Sebaik-baik Nabi Muhammad s.a.w pun dipenuhi dugaan yang sangat hebat. Inikan kita umatnya yang biasa. Tapi kadang-kadang, i sebagai manusia biasa nei pun x mampu nak sembunyikan kesedihan sendiri..Lebih menggambarkan diri seorang yang macam x de masalah langsung tapi agaknya kalau pergi jumpe kaunselor..mau menangis dibuatnya..huhu~

So, kalau orang kata "sabarlah..."urgh!..i think, i da muak dengan perkataan tu.Actually.. i nie nampak jer macam tabah..tapi sebenarnya i nie really sensitif..maybe pengalaman hidup buat i macam tu kot..so, if i nak wat tataw..sometimes ya.But bile sunyi datang tu yang buat i teringat sume kenangan2 lame..and bile dah teringat mule la rindu la..sunyi la..huhu..nak2 bile dun have anything to do.Klaw kat Universiti dulu laen la..busy memanjang jer dengan activity.Duduk rumah nie, selain x keluar ngan kawan2 nak wat per je kan..So, just pray for my happiness always. -_-






Wednesday, February 1, 2012

Setiap jawapan ada padaNYA




Kadang-kadang, sesuatu peristiwa yang terjadi dalam kehidupan kita buat kita seringkali bertanya. Kenapakah ianya terjadi??.dan apakah hikmah di sebalik liku-liku kehidupan ini??. Dan kadangkala kita diberi jawapan itu dan selebihnya hanya Allah s.w.t yang mengetahui kerana dia yang menentukan qada' dan qadar setiap insan. 

Dan insan itu adalah termasuk saya. Selama bertahun-tahun saya mencari kekuatan diri, berdiri sendiri, mencari semangat daripada kenangan yang memeritkan dan ianya hanya hilang sekelip mata. Hanya dalam tempoh satu hari!..dan hanya kerana satu hari itu yang membuatkan kekuatan dan semangat saya yang saya bina selama bertahun ini hilang. Hilang sama sekali...hanya...air mata yang mengalir..air mata yang sekian lama tak mengalir, yang saya sangka dah kering untuk dikeluarkan. Ia tetap datang tanpa disangka. Dan ketika itulah, hati saya bertanya. Kenapa setelah bertahun ianya berlalu, Tuhan itu menemukan saya kembali dengan dia?untuk apa?dan saya tak tahu sama ada perjalanan yang ditentukan oleh qada dan qadar ini membuatkan saya gembira atau sedih..cume apa yang saya tahu,saya tak dapat menahan air mata ini mengalir depan dia.

Ianya sukar diungkapkan dengan sebarang perkataan akan perasaan saya ketika itu. Hanya kenangan lama yang hampir hilang selama 3-4 tahun ini kembali membuatkan hati saya semakin sayu.hilang selera makan, x lena tidur. Masuk ari nie, dah 4 hari saya x berselera nak makan..nafsu makan saya dah hilang!!..kenangan pahit 3-4 tahun lepas, saya rasakan baru semalam terjadi.

Saya harap masih ada lagi sisa-sisa kekuatan dan semangat dalam diri ini. Saya sedar, walaupun menggunung insan-insan lain memberi kata-kata semangat tanpa saya sendiri bangkit. Ianya takkan berhasil. Mungkin jawapan terakhir itu ada pada Allah. Saya bersyukur..sangat bersyukur dengan setiap perjalanan kehidupan ini. Masih panjang dan banyak lagi yang saya perlu kejar..mungkin hari ini, kesedihan itu bertandang kembali.. Dan saya harap kekuatan saya lagi..hidup ini mesti diteruskan walau macam mana sakit pun ia..saya akan cuba untuk menghargai dugaan ini.Terima kasih padaNYA....



Thursday, December 29, 2011




Part 2 ini mendedahkan bagaimana ahli-ahli Freemasons serta sekutunya mencapai matlamat mereka dengan cara yang akan memberi impak yang sungguh besar terhadap seluruh kehidupan manusia iaitu dengan cara "Penguasaan Minda". Bagaimana mereka menguasai minda manusia serta elemen apakah yang digunakan bagi melaksanakan tujuan bagi kepentingan mereka sendiri. Semoga video ini akan memberi kesedaran buat kita mengenai sistem ini yang berada di sekeliling serta impaknya jika tidak ditangani dengan segera.







Assalammuualaikum w.b.t

Sungguhpun sy tidaklah begitu arif dalam hal keagamaan dan juga sebagai seorang insan yang   baik dari segi kehidupan. Namun, sy rasa amat terpanggil untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang membawa kepada kebaikan kita bersama. Dah lama sebenarnya mengkaji sejarah islam serta kepentingannya. After tengok video nie timbul keinsafan serta satu ilmu yang amat2 berguna untuk sy dan semestinya sy juga ingin berkongsi dengan anda di luar sana..The arrivals ini mempunyai lebih 50 part. Insya'Allah, selebihnya akan dimuat turun secepat yang mungkin..;)

p/s : Credit to Muhammad Ruzaini Ruslan for tell me about this video.appreciate it! ;)




Release Tension ;)

Snap pic with Kalai and Lily

My Bestfriends ;)

Here me ;p

Muka kecewa or kepenatan nie??ngee~


Wink..wink..hehe..after habis present business plan tu..my roommate,pija and her friends ajak i, ama and lily pegi main bowling kat KB MALL..So, after maghrib kitorang bertolak but malangnye game full..ramai plak yg dok tempah nak maen mlm tu..kat 10x g kaunter tanye kekosongan..still x de..dengan hati yg agak kecewa, kitorang g makan MC'D dlu..then, tgh2 makan tu, satu lg group pijan, azfar and the geng datang..rupanya diorang pun nak men bowling tapi x dapat juga..last2 kitorang melepak kat MC'D jer..and that time i tak berapa suke act..yerla..bersembang lame2..nak2 sakit perut and pening kepala dah dtg sekali..ingt nak balik jer..but even x kesampaian hajat nak maen bowling..at least, dapat juga menghilangkan tension kne tembak mase present petang tadi..hehe..papepun, this will be one part of sweet memory coz pas nie dah grad tataw g bile nak jumpe..-_-




Friday, December 23, 2011

I LUV U GUYS



Hye Dear My Followers,
This is all for you,
 i'm appreciate it and thanks again for blogwalking here.
 Luv u all..Mmuah2...:)


This business plan actually wajib for final year di Universiti Malaysia Kelantan and of course kami juga diwajibkan masuk. nak tak nak..terpakse lah terima..dan tak disangka dapat masuk final stage plak..maka, berkobar-kobar juga la nak menyiapkan mende nie walau banyak dugaan yang melanda. Semalam, mase present oke but mase Q&A. 

The judges not understand with our fonancial report. Dia kate Cash flow kitorang salah coz x masukkan Cost of good sold..so..totally balance sheet and others are wrong.huhuhu...agak kecewa actually..but the end..without any expectation, we don't believe coz we won third prize..even its just third prize, we still happy for that and congrats too for others friend.So..what we get for the prize???..hehe..soon, i will tell to u all k.. surprise!!.......owh ya, last but not least, the video below is about introduction for our management composition..enjoy it k..;)




P/s : Thanks also to my grandma coz dalam menyiapkan tugasan nie..dia juga byk bg kata-kata semangat even sakit mase tu..miss her..-_-




Monday, December 19, 2011

PERFORMANCE FOR DINNER



Semalam lepas balik dari tengok budak-budak junior buat presentation..i singgah makan kat gerai member..makan sizzling..tengah tunggu makan tu..yanti and ain bagitau..kalau nak tengok video kelas korang menari mase dinner tu...ambil la kat lily..i punya la excited nak tengok...balik-balik tu terus pegi bilik lily and copy video...tengok berulang-ulang sampai ke pagi..hahaha..actually, ade step yang i lupe but yang paling i tak percaya..akhirnya dapat juga kelas i buat persembahan di malam dinner tu..so, congrats my friends too coz kita sama-sama berlatih siang malam untuk persembahan nie..hehehe :)



Video kedua nie plak from class D..Performance daripada diorang pun gempak juga..nak-nak Si Azfar..sangat tak sangka rupanya dia ade talent dalam bidang tarian..tak macam i..keras macam kayu...hahahaa...Overall, dinner malam tu sangat meriah dengan performance dari kelas masing2..weee..:)



Sunday, December 18, 2011

GRADUATION NIGHT



Otw ke Hotel :)

Sahabat baik saya :)



Wif all my classmate..luv u all :)

Me with Isa


Macho boy, Helmi  with Me..:)

Queen Of The Night :)


OKey,malam jumaat ri tu, 15hb Disember 2011. I ade Dinner kat Hotel Reinassance, Kota Bharu, Kelantan.For all my coursemate, graduation night. Tema Red Carpet Affairs.So...like i said before..i x wat persiapan langsung untuk pergi dinner nie..dari atas sampai bawah,semuanya i pakai mane yang ado yo..dunno why..but yang pasti i x de mood sangat nak pergi..After solat maghrib..cepat-cepat bersiap coz nak kejar bas pkul 7.40pm.. but i lambat juga siap..cadang nak sewa kete..but suddenly my friend called and cakap bus still ade..mase tu kat pkul 8 lebih juga..so..i, ama n lily decided naek bas jer..hujan plak tu..haish..sampai2 jer..mula lah operasi snap gambar..tak sangke my photographer, Chua pun ade..hehehe..Majlis bermula dengan nyanyian lagu UMK and foods presentation.sambil2 makan..adelah selingan persembahan daripada akustik band. Setiap kelas juga kena buat persembahan termasuklah kelas i..kiotrang menari jer..lagu roly-poly..actually, before dinner nie, dah 3,4 hari juga kitorang practise..i klaw dah naek pentas..gugup juga la..dalam hati..belasah jer laa..janji menari..hehehe..:)

Beberapa anugerah seperti anugerah crazy girl, anugerah blur CEO, anugerah novelist turut diadakan..tapi bukan i lah pemenangnya..and last sekali..ade anugerah KING and QUEEN of the Night..King dimenangi oleh my lecturer, En. Fadil..and pengumuman untuk QUEEN..its me!!..serious, i betul2 x sangke dapat anugerah tu..sampai nama kena panggil dua kali..baru i naek pentas..actually i tataw siape judges and what the criteria they choose..i think smue yang pergi dinner malam tu..semua cantik2 belaka..:)

Owh ya,my bestfriend, Gobi said to me..
I'm so grateful to know u as well, u nie bukan sekadar kawan biasa, u r more than that for me, what a pretty girl u r,u got the talent to be a super model or an actress. U R A STAR beb!!!..u always share ur problems and stories to me, dun worry, everything will be fine..always keep in touch...

Sedar tak sedar..dah 4 tahun i menimba ilmu kat negeri Kelantan nie and bermacam-macam dugaan yang i tempuhi..this all will be my fantastic memories..tak kan dapat kat tempat laen..even dulu i selalu merungut duduk kat Kelantan and UMK..but now, i appreciate all this...thanks to all lecturer and friends coz always give me support..luv u all..semoga relations kita tak berakhir setakat di Universiti..:)




Wednesday, December 14, 2011

STUDIO SHOOT







Thx to Abg G, Chua and dua photoghrapher coz byk bagi tunjuk ajar and nasihat..nothing to say..just enjoy!..;)


Monday, December 12, 2011

I MISS HER -_-


Salam..

Hurm..ari nie langit mendung jer..macam nak hujan. Actually, i baru bangun tido..penat wat assignment tadi, amek mase untuk rehat..last2 tertido..sedar x sedar dah pukul 5.53pm..bangun-bangun jer kepala dah pening..i tak ley tido petang, klaw x..macam nie lah..kepala rase sakit sangat..huhuhu..btw..i sangat-sangat rindukan arwah nenek..huhuhu..tersangat rindu...dah 2 bulan dia pergi..dalam hati i..betul ker dia dah pergi??..atau selama nie i mimpi jer??..teringin sangat bile i call kampung..dia yang angkat..huhu..i sayangkan dia..rindukan dia..penguat semangat i selain mak i ialah nenek i..so, bila nenek dah x de..i rase sebahagian semangat i dah x de..Dia yang banyak bagi tunjuk ajar..Kalau balik kampung jer..dialah yang ajar i macam mana nak masak,nak kemas rumah..huhuhu...i tak ley teringatlah..mesti cepat jer nak menangis...now tinggal atok i jer kat kampung...cian dier..but i salute sangat kat atuk i..dia tak pernah lupe nak ziarah kubur arwah nenek i..after subuh and before maghrib mesti dia pergi..i plak..tak ley balik kampung buat masa nie..kalau x..menangis jer non stop..segala kenangan dengan arwah nenek smue ingat balik..pergi dapur teringat dia masak..pergi bilik dia pun teringat dia tido..sesungguhnya, pemergian dia adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup i..banyak pengorbanan dia selama hidup nie..nasib baik masa dia jatuh sakit hari tu..i balik juga even sekejap..sempat lah juga i jaga dia kat hospital..tapi mase tu lagi sedey...i dapat taw dia masuk hospital pun coz adik i yang bagitahu, family laen tak nak bagitahu coz i dok jauh..so nak balik agak susah..i balik pun senyap2..beli ticket flight pun tak de sape yang tahu..huhu..sampai kat hospital terus i nanges..keadaan nenek i lemah sangat time tu..doctor kata jantung dia dah x ley nak wat per..so, masa 3,4 hari tu i gunakan ruang yang ada untuk jaga dia..sikat rambut dia, suapkan dia makan, lapkan badan dia...T_T sumpah..i sangat sedey bile teringat saat-saat nie.....i tengok keadaan dia..i dapat agak yang dia tak dapat bertahan lama.....
Sebulan selepas i balik dari kampung..i dapat panggilan dari mak i..dia bagitahu nenek i dah tak de..i terkedu..tataw nak cakap apa..nak menangis pun tak keluar air mata..i cepat2 beli ticket flight..sampai kat KL..abg Nazrul i ambil..pkul 1 lebih baru sampai kampung..sampai2 jer..i tengok depan rumah dah ade orang..i masuk rumah jer..tengah dengar orang bace yaasin..lepas letak barang..i beranikan diri tengok jenazah arwah nenek i...sedeynya...tak tergambar...mak ngah i buka kain yang menutupi muka nenek..after i tengok muka nenek..terus i nanges..berkali-kali i pegang muka dan tangan dia..cium pipi dia...betul ker nenek dah pergi...kakak sangat sayangkan nenek......T_T dan sepanjang malam tu, i teman jenazah nenek..sampai lah pagi esok..i ambil peluang untuk mandikan and kapankan jenazah nenek..before nak tutup muka dia untuk yang terakhir kali..i lah orang terakhir yang cium dia....hinggalah dia dikebumikan...i rase dunia hari tu gelap jer..tak de lagi sinar...Semoga arwah nenek tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman..amin.
Buat nenek..semoga kita bertemu lagi di alam sana...kakak sayangkan nenek sangat2.......T_T




HOLIDAY At Medan, Indonesia :)



Saje bagi orang jeles :P

Eee...Jiwang karat betul!!



Semalam tiba-tiba jer ade dua gambar masuk dalam facebook i..kena tag dengan Abg Nazrul Anuar..Amboi..bagi adik jeles yerrr sebab x dapat nak join dia pergi holiday..dia ade ajak holiday sama but nak wat cam ne..i pun x de cuti lagi nie..huhu..tapi yang tak tahan tu..gambar punye laa jiwang..siap amek dengan bunga..haha..katanya nak bagi bunga kat akak ipar..huh..Tapi part yang i x sabar nak tunggu nie ialah buah tangan dari sana..heee..:)
Buat abg Nazrul Anuar, thx coz even x dapat nak follow but u still remember me..ur adik..of coz la adik syg..hahaha..next year, if adik balik Perak..adik pegi kedah lawat abg kat sane ekh.. see ya :D




Sunday, December 11, 2011

Facebook??



Mom : yunk…nanti buatkan mak punye facebook k…
Me : ?????

Hahahaha..actually, I tak terfikir langsung pun yang mak I nak buka account facebook..i pun pelik juga coz selama nie dia tak setuju I joined social networking nie..its happened pun because last week mak i terjumpa dengan member dye yang dah 29 years lost contact..mak I minta number phone but kawan dye lupe number hp..so, dye suh add kat FB jer..gitulah al-kisahnya….hehehe..So, supposed yesterday I tolong buatkan new account tu but agak busy cket..tu yang postponed..:)So..after this, kena cover2 la cket if post bukan2 kat wall…heheh~~


Dalam hati : Kena buka 2 account nie..satu account for family..satu account for friends..ngee~:D



PROSPERITY BURGER (:



Wow!!..menu porsperity burger dah ade balik...haha..before this Mc'D promote pasal GCB Burger and Chicken Breast..If GCB tu still blh accept lagi but kalau yg Chicken Breast tu macam x sedap jer..tataw la kalaw de sesiapa yang pernah merasa cakap sedap kan..tapi bagi i, tengok gambar pun macam tak tertarik nak makan..btw after Prosperity burger nie dah ade balik..awal2 lagi i dah merasa ngan my roommate, AsuCuk..kitorang memang gile Mc'D...kalau ade Mc'D..menyinggah jer keje..hehe..After burger nie dah ade balik..sure!..tiap kali keluar..i akan cari Mc'D..hahaha :D


p/s: Tengok gambar jer dah lapar dah..haish!..:D




GAMBAR GERHANA BULAN DI MALAYSIA



Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah. Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.


Gambar pemandangan di Planeterium Negara :











Kesimpulannya, kita sebagai hambanya haruslah bersyukur kerana masih diberi kesempatan merasai nikmat yang sangat menakjubkan ini. Nak tengok lagi??..kena tunggu tahun 2014 lah klaw macam tu..tu pun tatawlah kita nie still ada lagi ke x..huhu~