Followers

Answer Questions

Sunday, April 10, 2011

Really Miss Her... T_T

Pic 1 : Dalam 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Pic 2 : Rumah sewa di Selayang

Pic 3 : Kat Genting Highland..kat outdoor

Pic 4 : Before naek sky way...


I really miss her..my buddy..huhuu..dia salah seorang bff i yang rapat dengan i...kalau i balik cuti semester..mesti i luangkan mase untuk turun KL..semata-mata untuk berjumpe dengan dia..huhuhu...nama dia Shiela...tapi ade bebrapa kejadian yang berlaku menyebabkan dia menghilangkan diri dari semua orang termasuk i..account fb,ym,email,no hp semua dia da x pakai..even keje dia pun, dia benti...i dah banyak kali try call dia..tapi x dapat..semua kawan-kawan dia i dah contact..tapi jawapan diorang semua menghampakan...huhuhu...ade satu hari tu, i contact no. rumah dia kt JB..and ayah dia ckp, dia kuar..i tinggalkan no. hp but until now x de sebarang panggilan...akak and abg dia pun i dah contact kat fb..semua x reply..huhuhu...i sangat-sangat rindukan dia..i takut pape terjadi kat dia...mujurla i ramai member kt Kl...i tanye diorang...ade ckp, dia larikan diri dari rumah...

Sebenarnya..malam sebelum kitorang dah lost contact..dia kt JB..baru blk dari Kl..dalam proses kurungan ngan family..sebab dia larikan diri..dia x nak kawen ngan tunang pilihan family dia..tp satu hal plak..bf dia skrg beragama Kristian..bf dia orang sarawak..malam tu..i web cam ngan dia..and dia ade cakap kalau ade peluang..dia nak larikan diri lagi..dan pergi Sarawak..i taw...setiap apa yang dia cakapkan..dia akan buat..dia sanggup buat..huhuhu..

Akhirnya, memang betul pun apa yang dia cakapkan..dia dah pergi......tataw ape cerita dia sekarang nie..sihat ke x..huhu...i sangat sayangkan dia..kitorang dari sekolah menengah lagi..duduk asrama sama-sama..study sama-sama..gelak tawa bersama..huhu..sedih bila ingt blk...huhu..

Dua hari lepas, i mimpikan dia..mase tu..i and ayah i pergi kat sebuah kampung nie..and kat kampung nie ade pesta..and then i terpandang seorang perempuan, wajahnya mirip shiela..and i pasti yang tu memang dia...i cuba dekatkan diri ngan dia..tapi malangnya dia x cam i langsung..i cuba ingatkan dia tentang kenangan lama..cket pun dia x ingt..kebetulan i ternampak dia pkai rantai kt leher mcm tali warna kuning..and dari jauh i nampak ade sorang lelaki tengah tengok kitorang..dari situ i dapat agak...mesti something bad happen to my buddy..i'll try to advice her and ingtkan dia lagi..mase tu, shiela kata..dia rasa dia macam ingat memori lama tapi x berapa clear..so, from that..sah..i rase lelaki tu mesti kenakan shiela nie supaya shiela lupakan family and kawan-kawan lain..lepas tu, i suh shiela naek kete cepat and kitorang tinggalkan tempat tu..lelaki tu kejar i..tapi ntah macam mana i tersedar......

Mimpi tu macam real..i dapat rase..mesti shiela sekarang dalam kesusahan..huhu...satu cara jer...i kena pergi Kajang..cari dia kat sana..tu jer satu-satu cara..member i cakap, dia pernah nampak shiela kerja kt pusat karaoke untuk VVIP dekat-dekat ngan Times Square...tatawla betul ke tak...

Pesanan buat sahabatku Shiela, 
Dear...i really miss u ..plz come back...huhuhu...dont do something that make u hurt..luv u sayang :((





Saturday, April 9, 2011

Melda Ahmad - Kimia




Aku mula jatuh hati kepadamu

Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita



Chorus

Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu



Ulang Chorus
Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu






Telur Tiruan di Malaysia?

Pic 1 : Penguatkuasa merampas telur yang disyaki telur tiruan


Kebelakangan ini kecoh dikatakan telur ayam tiruan yang diimport dari China telah berada di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang..Semua pun tahu kan, Negara China ni memang pakar bab tiru meniru nie tapi kalau dah sampai bahan makanan pun nak ditiru untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan implikasi yang diterima pada masa hadapan pun susah gak kan?..Malah, di Negara China sendiri tak mampu nak membendung masalah telur tiruan ini kerana terlalu banyak di pasaran.



Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah didatangi seorang pengguna bersama telur-telur yang dibeli di sebuah pasar. Menurut beliau, keadaan telur yang agak luar biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa serta bau seperti telur asli mengundang rasa curiga dan menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP.

Cara pembuatan telur tiruan

Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida
 di buat menggunakan acuan khas.

Cecair kuning dituang dan di biarkan kering sedikit 
sebelum melalui proses seterusnya.

Direndam dalam cecair parafin wax untuk 
membentuk selaput luar telur kuning.

Proses membuat kulit telur tiruan juga
 menggunakan bahan kimia tertentu.

Walau bagaimana pun telur tiruan agak 
mudah pecah berbanding yang telur asli.

Telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cengkerangnya diperbuat daripada Kalsium Karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, gelatin, alum, asid benzoik, kalsium klorida serta pewarna makanan dan juga air. Kuning telur dihasilkan dengan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium Klorida ditambah ke dalam adunan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan juga beberapa bahan lain.

Cara Mengenal Telur Tiruan



  1. Kelihatan besar dan tidak mempunyai pusat telur apabila dipecahkan (chalazae -bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
  2. Tidak mempunyai bau seperti telur biasa.
  3. Setelah telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  4. Cengkerang telur tiruan agak berkilat tetapi tidak kelihatan begitu ketara.
  5. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur asli.
  6. Apabila telur tiruan digoncang, ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  7. Telur tiruan tidak mempunyai bau dan rase berbanding telur sebenar yang mempunyai bau agak hanyir.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  9. Selepas direbus, telur tiruan berbentuk bujur sempurna manakala telur asli mempunyai lekuk kerana telur asli mempunyai ruang udara.

Implikasi Telur Tiruan



Kesan ke atas kesihatan apabila telur tiruan ini dimakan ialah akan memberi kesan ke atas hati dan otak manusia kerana memunyai beberapa bahan kimia yang tidak dibenarkan. Selain tidak mempunyai sebarang khasiat, telur tiruan juga mengandungi bahan gelatin yang sememangnya HARAM bagi orang islam. 


P/s : Lepas ni kena berhati-hati kalau nak makan telur..=p




Migrain and Gastrik -_-



Hyep...

Korang pernah kena gastrik x???...rasenye semua orang pernah kena kan?..migrain??hurm...yang nie x macam semua yang kena...ermm..macam i..gastrik nie dari kecik i da de..dari sekolah rendah lagi...i ingat lagi..pagi2 lepas mandi and siap2 nak g sekolah sure kena..sakit dia..x ley nak berdiri langsung..kena duduk jer...tapi..dat time i tak bagitau mak i..

i nie jenis klaw sakit or ade masalah..i memang x kan bgtaw family..klaw teruk sgt jer baru gtaw..tapi mase form 3 kot x salah..mase tu puasa..i kne gastrik teruk...da tahap guling2 da..mase tu tengah hari da..last2, mak i suh buka puasa...kat situ dah kantoi da yang i de gastrik..hehe..and then, i rase lame dah i x kena gastrik..bertahun juga la..pasal migrain plak start form 5 kot...i selalu sakit kepala..tiap-tiap bulan sure la kena..i x ley stress or sedih sgt..and then after i masuk u..selepas 3 tahun i kat sini..i kena balik..

i rase diz year paling teruk..mane taknyer..migrain and gastrik dtg sekali..kadang-kadang dalam satu masa..huhu..diz sem laa..adoii..dalam seminggu sure kena..kadang-kadang telan panadol sampai 2-3 biji pun belum tentu ley hilang sakit..last week, i g klinik..and doc ckp i memang ade migrain..dia kasi pain killer..mkn hanya btl2 x tahan sakit jer..

2,3 hari nie..i rase makin terukla..i x ley hadap laptop lame2..berdiri tengah panas..confirm pastu sakit pale..bukan stakat sakit pale..siap nak muntah2 lagi..huhuhu...migrain apekah ini??...huhu..



Monday, April 4, 2011

Im Sorry sayang...



B, im so sorry k..bukan syg sengaja nak buat b bad mood malam tadi...tak de niat pun...syg selagi terdaya, nak buat b gembira jer..x nak wat b sedih...and syg pun mcm tu juga..x nak rase sakit bile tengok b mcm tu...b....terima kasih sebab selama nie b x pernah kongkong syg..terima kasih juga sebab b beri kebahagiaan buat syg..gembirakan hari-hari syg...

syg nak b tahu, sesibuk-sibuk b kerja pun x pernah syg lupekan b..syg sentiasa fikir b wat pe, dah mkn belum,sihat ke x...semua tu sbb syg terlalu sygkan b.....
B nak perubahan tu adalah dari dalam diri syg..bukan sebab b..dan buat pengetahuan b..syg pun nak juga berubah, pkai tudung..x balik lewat malam...dah lame syg fikir..sebelum kita kenal lg..cume syg memerlukan masa dan kehendak syg sendiri untuk berubah...jgnla sebab perkara ini, b bad mood lg k..syg x suke b masam-masam muke...cume mlm tadi...syg tataw nak ckp ape..sedih sgt..syg takut klaw syg janji ngan b x nk blk lewat mlm..nnti syg sendiri mungkir janji...

syg sedih bila b ckp..b as ur bf, x layak lagi utk wat syg ikut ckp b..and lagi sedih bila b ckp..'teruskanlah hidup syg'..its like b mcm dah x nak peduli dah ape yg syg wat pas nie...yg nie wat syg nanges bile b ckp mcm tu....and ya, syg maafkan b...

Cuma satu jer..syg paling takut klaw b pergi dari hidup syg...cukupla sebelum2 nie..diorang pergi mcm tu jer tanpa sepatah kata...syg takut tak mampu lg hadapi mcm tu lg..cinta syg tulus ikhlas terhadap b..bukan sebagai ur gf sje..lebih dari tu..

B terima syg pun seadanya kan? mcm tu juga syg...terima b seadanya..terima kelemahan dan kebaikan b...semua tu kita dah janji kn malam sblm kita declare..maka, mlm td mungkin kelemahan syg...syg akan cube perbaiki kelemahan tu...Syg x kan cari b...sebab mlm td b kata b perlukan mase untuk tenangkan fikiran b..dan syg akan bg b masa...klaw b rase, mood b dah oke..cari syg k..
Syg kt sini tetap ingat kat b...rindu sgt kt b...cume syg tataw esok mcm mne syg nak jwb exam..huhu..hilang tumpuan cket..erm...btw, its oke..and ya, untuk terakhir kali..im so sorry my sweetheart..-_-


P/s : hehehe...da settle..pagi nie dia call i mcm x de pape berlaku..really happy...thx b...cyg b..luv u forever...mmuah2...:))





Saturday, April 2, 2011

Melda Ahmad-Putus


aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,

kau cari yang lain,
tergamakmu merobek hatiku.
aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang lain,
tergamakmu merobek hatiku.
tapi setelah kau pergi,
aku
mendapat lebih baik drmu,
dia hargai aku,
dia sygi aku
lebih drpdmu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lg bersamamu,
namun pastinya nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,

yang kau perlu cintaku….





Seadanya aku-Nubhan





Tak dapat ku kotakan

Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang



Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia



Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu



Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia



Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu



P/s: Hehe...suke dengar lagu niee..besstt!! :P