Followers

Answer Questions

Saturday, October 30, 2010

Aku Dan Dia ...



Awak..
Hari ni awak nampak serabut,
semua orang kutuk,
Tapi ada gak hati yang puji,
Jadi you can always count on me..

Awak..
Hari ni awak kata pipi saya tembam,
Dan saya kata perut awak moncett,
Masing-masing pertahan diri,
Padahal mengelak daripada di buli..

Awak..
Hari ni awak mesej saya,
Tapi saya selalu tertidur dan tinggal awak sorang-sorang,
Padahal kalau boleh saya tak nak tidur langsung untuk mesej dgn awk..

Awak..
Hari ni saya keluar sampai dinihari,
Saya tau awak nak diuliti mimpi,
Tapi awak setia menanti kerna takut pape terjadi,
Padahal diri dah tak larat berjaga lagi..

Awak..
Hari ni kita dapat berjumpa buat pertama kali,
Tapi saya banyak berdiam diri,
Padahal dalam hati gembiranya tak terperi..

Awak..
Hari ni awak 'call ' saya,
Tapi saya buat-buat biasa,
Padahal dalam hati teruja sangat sampai tak tahu nak cakap apa...

Awak..
Hari ni awak dtg tgk saya di 'airport',
Tapi saya buat-buat tak sedih,
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti menangis..

Awak..
Hari ni saya tegur awak,
Tapi saya tegur awak dalam hati,
Jadi, awk tak pernah dgr 'all the good lucks' n take care' hari-hari...

Awak..
Hari ni awk merajuk,
Tapi saya tak pandai nak pujuk,
Padahal nak saje saya peluk..

Awak..
Hari ni awk sakit,
Tapi saya tak berada di sisi kerana jarak menghalangi,
Padahal nak saja saya menjaga awk setiap hari..

Awak..
Hari ni saya cari merata botol 'coke' yang awk minati,
Tapi botol tu berbeza daripada apa yang dikehendaki,
Jadi saya berusaha mencari lagi sampai ke hari ini..

Awak..
Hari ini awk tak lagi mesej saya,
Tapi saya buat-buat macam tak de pape,
Padahal diri ni dah lemah tak berdaya...

Awak..
Hari ni awk ada masalah,
Awk jauhkan diri dari saya,
Jadi awk suruh sy jadi seorang yg kuat,
Agar sy brhnti drpd menangis,
Dan sy kata sy tak kan menangis lg,
Padahal airmata tetap mengalir kembali..

Awak..
Hari ni awk kata jgn tunggu awk lg,
Badan saya menggigil dengan sendiri,
Tapi saya kuatkan diri,
Padahal diri dah pucat lesi..

Awak..
Hari ni saya menangis lagi,
Sebab tak tahan rindu mencengkam di hati,
Saya buat kerja tak berhenti-henti,
Agar fikiran tak menganggu kembali,
Padahal diri dah lemah tak berdaya lagi..

Awak..
Hari ni bufday saya,
Kwn2 tak putus2 'wish' bufday kt saya,
Tp sy ttp menunggu awk,
Dan penantian sy bermakna,
Kerana awk masih ingat kt saya...

Awak..
Hari ni saya mcm tau kenapa awk menjauhkan diri,
Tp sy tak pasti,
Jadi sy tak nak fikir lagi,
Kerana takut akan menangis lagi...

Awak...
Hari ni berubah situasi,
Tapi sy still di sini,
Padahal dah kosong tak berisi...

Awak...
Hari ni sy nmpk awk dari...
Tapi awk tak mcm dulu lg,
Jadi sy terdiam sendiri...

Awak..
Hari ni saya buat-buat 'happy',
Tapi dah tiada harapan di sini,
Nak tak nak sy terpakse sendiri..

Awak...
Hari ni saya dah janji nak pergi...
Kerna tak sanggup nak tinggal di sini lagi..

Awak..
Hari ni saya tengok gambar kita senyum,
Tapi gambar tinggal gambar,
Yang tinggal hanyalah kenangan..

Awak..
Esok antara kita ada 'balai berlepas',
Esok..tiada esok untuk saya,
Esok juga tiada esok untuk awk..

Awak..
Hari ni saya sendiri menghasilkan nukilan ini,
Bukan untuk meminta simpati,
Tapi untuk kenangan sendiri,
Dan saya tau awk akan baca luahan ini,
Walaupun saya taw awk tak kan munculkan diri..

Awak..
Pesanan saya di sini,
Agar awk sentiasa bahagia di sisi 'family',
Dan tak kan lupekan saya hingga ke akhir nanti..

Awak..
Sebelum pergi..hari ni..kat sini..
Saya janji..semua ni untuk awk..
Sebab..kenal awk adalah anugerah terindah pernah saya miliki..
Terima kasih awk......
By: Ieyra Kieyra
(3.17 am)


p/s : Nukilan nie mmg i wat sendiri untuk dia..i tak ingat brp lame nukilan nie dibuat...tp i rase nukilan nie i dah buat awal or akhir thn lepas..semua puisi/sajak yang i wat..semua dalam blog i lagi satu...if u all rajin..jenguk2 lah blog tu ya...www.luvmykarya.blogspot.com.Semua nukilan dalam tu..semua yang i buat sendiri berdasarkan apa yang i rasa..but, dah lame sangat x update..coz x de ilham sejak akhir2 nie..later, i will update that blog.tQ.



0 comments:

Post a Comment