Salam buat My Lovely,
Tahukah kamu, bertahun diriku menunggu kehadiranmu,mencari dan memikirkan keadaanmu,rupamu yang bakal bersatu denganku..Jika kamu milikku, hargailah aku seperti mana kau menghargai ibumu,hormatilah aku seperti mana kau menghormati ayahmu,sayangilah aku seperti mana kau menyayangi adik-adikmu...
Kurangkanlah egomu tika kita bergaduh,tetapkanlah hati dan matamu tatkala jauh dariku..Sesungguhnya,tatkala hatiku telah kau miliki, maka seluruh kehidupanku hanya untuk kamu..tiada bagi insan lain..kerana hatiku yang satu itu telah lama aku simpan untuk kuberikan kepadamu..Tidak bagiku memilih rupa, mahukan kemewahan mahupun darjat kamu..cukuplah rasa cintamu yang mendalam padaku..kerana dengan cintamu itu akan melengkapkan syurga duniaku..
Sayang...
Andainya saat aku menelefon dirimu dan diriku terdiam sesaat...sesungguhnya suaramu membuatkan jantungku berdegup pantas hingga membuatkan aku tak mampu nak bernafas..Andainya saat aku merajuk dan membawa diri...pujuklah aku kerana waktu itu sememangnya aku menunggu dirimu..dan Andainya aku sedang bersedih,pinjamkanlah bahu dan tanganmu untuk aku bersandar mencari kekuatan...
Aku mahukan lelaki yang menghormati ibunya,oleh itu ia akan menghormatiku..Aku mahukan lelaki yang mencintai Tuhanku..Maka ia akan mencintai diriku..Aku mahukan lelaki yang berpegang pada agamaku..Maka ia akan berpegang pada amanatnya..
Janganlah dirimu mengeluh dengan segala permintaanku kerana percayalah tiada sedikit permintaanku yang merugikan dirimu..semuanya demi cinta kita..jangan sesekali menjatuhkan airmataku..jangan sesekali melukai hatiku..sesungguhnya, di waktu itu..dirimu telah membunuh perasaan dan jiwaku...Aku berpegang pada Cintaku untuk kamu..Aku akan terus menunggu sehingga kita bertemu dengan kehendakNYA....Ikhlas untuk pemilik cintaku,dari IeyRa KieyRa...
2 comments:
sgt2 suke ngan surat ni ira.....
thx abg....:)
Post a Comment