Followers

Answer Questions

Sunday, February 5, 2012

Hangout wif my Malacca Friends..











Again and again..wif my friends yang before this pun i dah banyak kali mention rite..hihihi..So..tempat yang sama..mase nie i baru je sampai dari holiday kat Langkawi and member2 i invite suh hangout juga dengan diorang.Even penat, but really enjoy coz dari petang sampai malam kuar kan. Karok, jalan-jalan kat Dataran Pahlawan and Makan kat restoran D'Laman..So, thx to my buddy,Ama..coz belanja for diz day..appreciate it. ;)




Perkahwinan Hafiz





So, what u all see is my bff wedding. Yang mane satu kawan i?hihi..Si lelaki tu kawan i.Hafiz nama dia.i kenal dia mase mula-mula belajar di Kelantan. Dia la yang banyak bawa i g sana sini, g tempat-tempat yang menarik kat Kelantan and macam-macam lagi. Susah senang i kat sana, dia juga lah yang banyak membantu. I tak kan pernah lupa segala jasa baik sahabat i nie even dia dah kawen. Dan apa yang paling i terharu sangat, dia pilih warna kegemaran i untuk wedding dia..hihi..isteri dia sebaya i..and baik orangnya. I harap, hafiz and isterinya bahagia serta dipermudahkan segala dugaan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.aminn.. ;)









Karaoke with my Friends








Okey, x ingat plak mase bile tapi baru skrg nak masukkan..hihi..Ermm, kawan2 i kat Malacca nie memang giler karok cket.Klaw hangout, x de tempat laen nak pegi..Karok mesti ade.So, fun juga lah coz i pun bukan selalu keluar ngan diorang kan.hehe..My buddy pun ade kat sebelah tu..hehe..X nak cite panjang..tengok gambar jer la ekh..hehe;)




Its that 'Dugaan'??


Setiap kehidupan di dunia ini telah ditentukan perjalanan hidup mereka sejak dari azali lagi. Adakah itu takdir?..sesetengah orang cakap kita boleh mengubah takdir kita..betul ker?..hurm..i dont have any idea about that. But, apa yang i dapat lihat..x ramai manusia yang bertuah memiliki kehidupan yang sempurna di dunia ini. Sebaik-baik Nabi Muhammad s.a.w pun dipenuhi dugaan yang sangat hebat. Inikan kita umatnya yang biasa. Tapi kadang-kadang, i sebagai manusia biasa nei pun x mampu nak sembunyikan kesedihan sendiri..Lebih menggambarkan diri seorang yang macam x de masalah langsung tapi agaknya kalau pergi jumpe kaunselor..mau menangis dibuatnya..huhu~

So, kalau orang kata "sabarlah..."urgh!..i think, i da muak dengan perkataan tu.Actually.. i nie nampak jer macam tabah..tapi sebenarnya i nie really sensitif..maybe pengalaman hidup buat i macam tu kot..so, if i nak wat tataw..sometimes ya.But bile sunyi datang tu yang buat i teringat sume kenangan2 lame..and bile dah teringat mule la rindu la..sunyi la..huhu..nak2 bile dun have anything to do.Klaw kat Universiti dulu laen la..busy memanjang jer dengan activity.Duduk rumah nie, selain x keluar ngan kawan2 nak wat per je kan..So, just pray for my happiness always. -_-






Wednesday, February 1, 2012

Setiap jawapan ada padaNYA




Kadang-kadang, sesuatu peristiwa yang terjadi dalam kehidupan kita buat kita seringkali bertanya. Kenapakah ianya terjadi??.dan apakah hikmah di sebalik liku-liku kehidupan ini??. Dan kadangkala kita diberi jawapan itu dan selebihnya hanya Allah s.w.t yang mengetahui kerana dia yang menentukan qada' dan qadar setiap insan. 

Dan insan itu adalah termasuk saya. Selama bertahun-tahun saya mencari kekuatan diri, berdiri sendiri, mencari semangat daripada kenangan yang memeritkan dan ianya hanya hilang sekelip mata. Hanya dalam tempoh satu hari!..dan hanya kerana satu hari itu yang membuatkan kekuatan dan semangat saya yang saya bina selama bertahun ini hilang. Hilang sama sekali...hanya...air mata yang mengalir..air mata yang sekian lama tak mengalir, yang saya sangka dah kering untuk dikeluarkan. Ia tetap datang tanpa disangka. Dan ketika itulah, hati saya bertanya. Kenapa setelah bertahun ianya berlalu, Tuhan itu menemukan saya kembali dengan dia?untuk apa?dan saya tak tahu sama ada perjalanan yang ditentukan oleh qada dan qadar ini membuatkan saya gembira atau sedih..cume apa yang saya tahu,saya tak dapat menahan air mata ini mengalir depan dia.

Ianya sukar diungkapkan dengan sebarang perkataan akan perasaan saya ketika itu. Hanya kenangan lama yang hampir hilang selama 3-4 tahun ini kembali membuatkan hati saya semakin sayu.hilang selera makan, x lena tidur. Masuk ari nie, dah 4 hari saya x berselera nak makan..nafsu makan saya dah hilang!!..kenangan pahit 3-4 tahun lepas, saya rasakan baru semalam terjadi.

Saya harap masih ada lagi sisa-sisa kekuatan dan semangat dalam diri ini. Saya sedar, walaupun menggunung insan-insan lain memberi kata-kata semangat tanpa saya sendiri bangkit. Ianya takkan berhasil. Mungkin jawapan terakhir itu ada pada Allah. Saya bersyukur..sangat bersyukur dengan setiap perjalanan kehidupan ini. Masih panjang dan banyak lagi yang saya perlu kejar..mungkin hari ini, kesedihan itu bertandang kembali.. Dan saya harap kekuatan saya lagi..hidup ini mesti diteruskan walau macam mana sakit pun ia..saya akan cuba untuk menghargai dugaan ini.Terima kasih padaNYA....