Followers

Answer Questions

Wednesday, February 1, 2012

Setiap jawapan ada padaNYA




Kadang-kadang, sesuatu peristiwa yang terjadi dalam kehidupan kita buat kita seringkali bertanya. Kenapakah ianya terjadi??.dan apakah hikmah di sebalik liku-liku kehidupan ini??. Dan kadangkala kita diberi jawapan itu dan selebihnya hanya Allah s.w.t yang mengetahui kerana dia yang menentukan qada' dan qadar setiap insan. 

Dan insan itu adalah termasuk saya. Selama bertahun-tahun saya mencari kekuatan diri, berdiri sendiri, mencari semangat daripada kenangan yang memeritkan dan ianya hanya hilang sekelip mata. Hanya dalam tempoh satu hari!..dan hanya kerana satu hari itu yang membuatkan kekuatan dan semangat saya yang saya bina selama bertahun ini hilang. Hilang sama sekali...hanya...air mata yang mengalir..air mata yang sekian lama tak mengalir, yang saya sangka dah kering untuk dikeluarkan. Ia tetap datang tanpa disangka. Dan ketika itulah, hati saya bertanya. Kenapa setelah bertahun ianya berlalu, Tuhan itu menemukan saya kembali dengan dia?untuk apa?dan saya tak tahu sama ada perjalanan yang ditentukan oleh qada dan qadar ini membuatkan saya gembira atau sedih..cume apa yang saya tahu,saya tak dapat menahan air mata ini mengalir depan dia.

Ianya sukar diungkapkan dengan sebarang perkataan akan perasaan saya ketika itu. Hanya kenangan lama yang hampir hilang selama 3-4 tahun ini kembali membuatkan hati saya semakin sayu.hilang selera makan, x lena tidur. Masuk ari nie, dah 4 hari saya x berselera nak makan..nafsu makan saya dah hilang!!..kenangan pahit 3-4 tahun lepas, saya rasakan baru semalam terjadi.

Saya harap masih ada lagi sisa-sisa kekuatan dan semangat dalam diri ini. Saya sedar, walaupun menggunung insan-insan lain memberi kata-kata semangat tanpa saya sendiri bangkit. Ianya takkan berhasil. Mungkin jawapan terakhir itu ada pada Allah. Saya bersyukur..sangat bersyukur dengan setiap perjalanan kehidupan ini. Masih panjang dan banyak lagi yang saya perlu kejar..mungkin hari ini, kesedihan itu bertandang kembali.. Dan saya harap kekuatan saya lagi..hidup ini mesti diteruskan walau macam mana sakit pun ia..saya akan cuba untuk menghargai dugaan ini.Terima kasih padaNYA....



0 comments:

Post a Comment