Followers

Answer Questions

Tuesday, November 9, 2010

Shisha 400x lebih bahaya dari rokok???




Mesti u all terkejutkan bila dapat tahu shisha tu lagi bahaya dari merokok?...i pun macam tu juga.....tapi mengikut kajian, memang shisha tu lebih berbahaya...-_-

Hanya kerana prosedur dan alatnya lebih rumit, merokok dengan shisha sering dianggap lebih seronok. Padahal apa yang dihisap adalah asap tembakau, racun nikotin yang membahayakan kesihatan .

Berikut 4 fakta dan mitos mengenai shisha.Shisha atau disebut juga hookah merupakan alat penghisap tembakau yang berasal dari India. Penggunaan alat ini popular di Timur Tengah, dan tersebar ke seluruh dunia.Bentuk alat ini mirip lampu minyak, dengan tabung utama yang bersambung ke pipa penghisap.

Papan pemanas berisi bara api terdapat di bahagian paling atas, berfungsi untuk membakar tembakau.Tabung utama biasanya dibuat dari kaca, dan yang berisi air dipanggil sebagai filter. Kerana filternya berupa air, maka muncullah anggapan bahawa shisha lebih baik berbanding rokok. Diambil dari Live Science, Senin (31/5/2010), Analisis yang diambil dari Amerika menerangkan bahawa shisha membawa 400 kali lebih bahaya dari rokok.

Kajian yang dilakukan pada tahun 2009 tu ada dalam American Journal of Preventive Medicine.Menurut kajian tersebut, shisha menghasilkan asap lebih banyak berbanding rokok. Akibatnya, karbon monoksida (CO) yang terhirup lebih banyak dan boleh menyebabkan sesak nafas.
Secara umum, risiko kesihatan yang dihadapi saat menghisap shisha sama besarnya dengan rokok biasa, termasuk kanser paru-paru serta gangguan kehamilan.Oleh kerana itu, fikirkan sekali lagi jika masih menganggap shisha lebih baik berbanding rokok. Berikut ini adalah 4 mitos paling popular di kalangan pengguna shisha, dikutip dari Live Science, Senin (31/5/2010).



Mitos:
Shisha menghasilkan nikotin lebih sedikit dibandingkan rokok biasa.
Fakta:
Kajian di atas membuktikan, shisha mahupun rokok biasa menghasilkan nikotin dalam kadar yang kurang lebih sama. Kalaupun ada perbezaan, itu bergantung pada tembakaunya dan biasanya shisha menggunakan tembakau terbaik dengan kadar nikotin lebih tinggi.


Mitos: Asap yang lebih tipis menunjukkan kadar racun pada shisha lebih kecil.
Fakta:
Asap yang tipis pada shisha disebabkan oleh kelembaban yang tinggi, kerana adanya air. Kadar racun tidak terpengaruh oleh ketebalan asap.

 
Mitos:
Air di dasar shisha berfungsi sebagai filter racun.
Fakta:
Dalam jumlah yang sangat kecil, memang ada racun dalam air. Tetapi jumlahnya tidak dapat ditentukan.


Mitos: Tembakau dengan rasa buah-buahan yang sering digunakan dengan shisha memberi manfaat bagi kesihatan.
Fakta:
Fungsi bahan perasa yang digunakan hanya untuk aroma, sedikitpun tidak memberi manfaat bagi kesihatan!..



P/s : i pernah sekali kot hisap shisha..lepas nie x de la kot...hehehe:p






0 comments:

Post a Comment