Followers

Answer Questions

Saturday, April 9, 2011

Telur Tiruan di Malaysia?

Pic 1 : Penguatkuasa merampas telur yang disyaki telur tiruan


Kebelakangan ini kecoh dikatakan telur ayam tiruan yang diimport dari China telah berada di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang..Semua pun tahu kan, Negara China ni memang pakar bab tiru meniru nie tapi kalau dah sampai bahan makanan pun nak ditiru untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan implikasi yang diterima pada masa hadapan pun susah gak kan?..Malah, di Negara China sendiri tak mampu nak membendung masalah telur tiruan ini kerana terlalu banyak di pasaran.



Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah didatangi seorang pengguna bersama telur-telur yang dibeli di sebuah pasar. Menurut beliau, keadaan telur yang agak luar biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa serta bau seperti telur asli mengundang rasa curiga dan menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP.

Cara pembuatan telur tiruan

Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida
 di buat menggunakan acuan khas.

Cecair kuning dituang dan di biarkan kering sedikit 
sebelum melalui proses seterusnya.

Direndam dalam cecair parafin wax untuk 
membentuk selaput luar telur kuning.

Proses membuat kulit telur tiruan juga
 menggunakan bahan kimia tertentu.

Walau bagaimana pun telur tiruan agak 
mudah pecah berbanding yang telur asli.

Telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cengkerangnya diperbuat daripada Kalsium Karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, gelatin, alum, asid benzoik, kalsium klorida serta pewarna makanan dan juga air. Kuning telur dihasilkan dengan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium Klorida ditambah ke dalam adunan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan juga beberapa bahan lain.

Cara Mengenal Telur Tiruan



  1. Kelihatan besar dan tidak mempunyai pusat telur apabila dipecahkan (chalazae -bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
  2. Tidak mempunyai bau seperti telur biasa.
  3. Setelah telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  4. Cengkerang telur tiruan agak berkilat tetapi tidak kelihatan begitu ketara.
  5. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur asli.
  6. Apabila telur tiruan digoncang, ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  7. Telur tiruan tidak mempunyai bau dan rase berbanding telur sebenar yang mempunyai bau agak hanyir.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  9. Selepas direbus, telur tiruan berbentuk bujur sempurna manakala telur asli mempunyai lekuk kerana telur asli mempunyai ruang udara.

Implikasi Telur Tiruan



Kesan ke atas kesihatan apabila telur tiruan ini dimakan ialah akan memberi kesan ke atas hati dan otak manusia kerana memunyai beberapa bahan kimia yang tidak dibenarkan. Selain tidak mempunyai sebarang khasiat, telur tiruan juga mengandungi bahan gelatin yang sememangnya HARAM bagi orang islam. 


P/s : Lepas ni kena berhati-hati kalau nak makan telur..=p




0 comments:

Post a Comment