Followers

Answer Questions

Sunday, December 11, 2011

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BRIM)

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi Bajet

Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

Mekanisma BR1M
1. Syarat Permohonan
Syarat Asas:
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan
2. Dokumen yang diperlukan
Dokumen wajib:
  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
  • Salinan Gaji (jika berkenaan)
*Nota – Penerima bantuan e-Kasih layak menerima bantuan
2. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Kelayakan:

Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga

Definisi ketua isi rumah:

Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ini merangkumi individu yang:
  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara







0 comments:

Post a Comment