Followers

Answer Questions

Wednesday, March 30, 2011

Saintis Nak Gali Pusat Bumi?



Hye...macam-macam kes...nie pasal saintis plak nak wat kajian, nak gali pusat bumi..hurm..sape lagi klaw bukan saintis barat. Tak sudah-sudah dengan klon manusia, nak wat mende lain plak...???

Dalam sebuah akhbar ada melaporkan yang sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama. 
Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298° Celsius.

Projek itu bakal dilaksanakan pada tahun 2018 dan diketuai oleh pakar Pusat Oseanografi Southampton, Dr. Damon Teagle serta Dr. Benoit Ildefonse dari Universiti Montpellier, England.

Terdapat beberapa cubaan untuk menggali mantel Bumi pada tahun 1960-an tetapi gagal kerana masalah organisasi dan kos.  


P/s: Yang tentunya, kalau nak di gali lubang tu mesti amek mase yang sangat lama, kos yang sangat besar serta kawasan yang agak luas..kan membazir namanya...ish3..:p 



 

0 comments:

Post a Comment