Followers

Answer Questions

Wednesday, March 30, 2011

Tarian Poco-Poco diharamkan?


Ish..betul ke tarian nie haram???..dah berzaman kot tarian nie..dari zaman i sekolah menengah lagi. Nak-nak plak, i and member i yang conduct poco-poco nie setiap hari jumaat untuk pelatih suksis(kor-sukarelawan siswa siswi)..i terbace satu laporan akhbar yang mengatakan di negeri Perak sekarang, majlis Fatwa dah haramkan tarian nie kat sana.So, bagaimana pulak dengan negeri yang digelar 'serambi mekah' nie. Maklumlah, i kan belajar di sini. huhu..



 Surat yang telah menyatakan tarian poco-poco diharamkan
 (Sila klik kat surat nie klaw nak baca)


Ia dikatakan haram sebab mengandungi unsur kepercayaan agama lain iaitu kristian dalam pemujaan roh. Tarian ini juga sering diamalkan di Jamaica dan juga Filipina.Ia juga merupakan tarikan ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.ye x ye juga kan, kalaw diikutkan step dia memang membentuk salib, tapi setelah diubah, bentuk tu x nampak sangat..
 
Hurmm..so, after this..i x conduct lah poco-poco, teruskan aerobik jer dan senam seni malaysia..penggabungan tarian tradisional masyarakat malaysia and ditukar sedikit agar menjadi tarian senam seni..huhu~




0 comments:

Post a Comment