Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter..Gegaran dikesan pada
kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur
laut Tokyo.
Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.
Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.
Ekoran bencana itu, Kementerian Pertahanan Jepun mengerahkan lapan pesawat tentera ke kawasan terjejas dengan bencana itu.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di Jepun, Russia, Kepulauan Markus dan Utara Mariana.
Sejurus selepas gegaran dikesan, penduduk di kawasan pesisir pantai Jepun telah diarah menyelamat diri ke kawasan selamat.
Agensi meteorologi memberi amaran malapetaka tsunami di pesisir pantai pasifik Jepun.
Amaran yang sama turut dikeluarkan pusat amaran tsunami di Hawaii.
Dengan gempa sekuat 8. 9 skala Richter, ia dijangka akan melanda kebanyakan negara kepulauan di Lautan Pasifik.
Ia termasuk Guam, T
Taiwan, Filipina dan dan tidak terkecuali Hawaii.
Gempa bumi terburuk sejak 140 tahun di Jepun pagi tadi terus memberi impak ekonomi.
Beberapa stesen nuklear dan loji minyak negara itu terpaksa ditutup menyebabkan kerugian ketara.
Turut disahkan, tiga reaktor nuklear di Loji Nulkear Onagawa, utara Jepun ditutup serta merta akibat gempa yang terlalu kuat.
Tiga loji minyak dan gas di Sendai, Kashima dan Negishi turut menghentikan operasi.
Kilang besi utama negara itu juga terbakar.
Selain itu, sistem rangkaian jalan teruk terjejas.
Bank Pusat Jepun yang masih berdepan kesukaran merangsang ekonomi negara itu, kini sedang berusaha memastikan pasaran kewangan kekal stabil.
Beberapa kilang automotif dan semikonduktor di utara Jepun dijangka terpaksa ditutup.
Mata wang Yen turut didagang lemah susut 0.3 peratus berbanding dolar Amerika.
P/s : Nampaknya naik lagilah harga minyak dan barangan yang lain..huhuhu -_-
0 comments:
Post a Comment